Tugas dan Tanggungjawab
Tugas-tugas Bomba dan Penyelamat ialah untuk mengambil langkah-langkah yang disahkan oleh undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) Bahagian II Bab 7 iaitu:
-
Memadam, melawan, mencegah dan mengawal api.
-
Menjaga keselamatan nyawa dan harta benda jika berlaku kebakaran.
-
Mencegah kebakaran.
-
Menyiasat tentang sebab, punca dan keadaan kebakaran.
-
Melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk melindungi nyawa dan harta benda dalam sebarang bencana.
-
Memberi nasihat mengenai langkah-langkah perlindungan kebakaran dan bahaya kebakaran.
-
Menjalankan tugas-tugas lain yang mungkin dibebankan keatas mereka.