Pengenalan Tindak Balas Kecemasan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam bertanggungjawab untuk memberikan tindak balas pantas, tepat dan berkesan terhadap sebarang insiden kecemasan yang mengancam keselamatan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Dengan kepakaran, latihan khusus serta kelengkapan moden, JBP bersedia memberikan bantuan kepada masyarakat dalam situasi seperti kebakaran, kemalangan jalan raya, bencana alam, penyelamatan teknikal, dan insiden berisiko tinggi yang lain.
Peranan JBP sebagai Agensi Barisan Hadapan Kecemasan
Sebagai agensi barisan hadapan, JBP memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan awam melalui tindakan penyelamatan profesional, pengurusan insiden yang teratur serta kerjasama erat bersama agensi keselamatan lain. Selain menyediakan khidmat penyelamatan, JBP juga bertindak sebagai penasihat keselamatan kebakaran kepada masyarakat, organisasi dan industri bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Komitmen “Sentiasa Bersedia 24/7”
JBP komited untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sepanjang masa. Dengan sistem operasi yang tersusun, anggota yang terlatih, serta Pusat Gerakan yang beroperasi 24 jam sehari, JBP memastikan setiap panggilan kecemasan diberikan keutamaan dan tindakan segera. Komitmen ini mencerminkan dedikasi JBP dalam melindungi keselamatan rakyat dan negara tanpa mengira masa dan keadaan.
Tujuan & Fokus Utama (Melindungi Nyawa, Harta dan Alam Sekitar)
Misi utama JBPM adalah memastikan keselamatan masyarakat melalui tiga fokus teras:
-
Melindungi Nyawa – memastikan setiap individu yang terlibat dalam kecemasan diselamatkan dengan selamat dan profesional.
-
Melindungi Harta Benda – meminimumkan kerugian melalui tindakan pengawalan kecemasan yang pantas dan efisien.
-
Melindungi Alam Sekitar – menangani insiden yang berpotensi mencemarkan alam sekitar dengan langkah respons bertanggungjawab dan berkesan.
Jenis-jenis Kecemasan Yang Ditangani
- Kebakaran (Rumah, bangunan, industri, kenderaan, hutan, rumput)
- Menyelamat mangsa kemalangan jalan raya.
- Menyelamat mangsa lemas / menyelamat di air
- Struktur bangunan runtuh
- Haiwan berbahaya
- Insiden bahan kimia tumpah (HazMat)
- Kecemasan teknikal (terperangap dalam lif, mangsa tersepit)
- Bencana alam/ keadaan cuaca ekstrem
- Standby Majlis dan Acara Kenegaraan Brunei Darussalam
Maklumat penting yang perlu diberikan
-
Lokasi Insiden (No Rumah, Simpang, Jalan, Kampung, atau landmark terdekat)
-
Jenis kecemasan (kebakaran, kemalangan dan sebagainya)
-
Keadaan mangsa (hidup, tidak sedarkan diri?)
- Melibatkan bahan merbahaya (kimia, minyak dan sebagainya)
-
Nombor telefon