Keselamatan Kebakaran
Perkhidmatan Keselamatan Kebakaran disediakan bagi memastikan bangunan, premis dan aktiviti masyarakat mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan. Perkhidmatan ini merangkumi pemeriksaan keselamatan kebakaran, penilaian risiko, serta pematuhan infrastruktur seperti laluan kecemasan dan sistem amaran.
Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meningkatkan tahap keselamatan awam di seluruh negara.
Program Jangkauan Masyarakat
Program Jangkauan Masyarakat merupakan inisiatif pendidikan awam yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran melalui sesi latihan, taklimat, kursus, lawatan dan aktiviti interaktif bersama komuniti.
Melalui program seperti Lifesaver 995, Fire Marshal, Taklimat Keselamatan dan Latihan Pengosongan Bangunan, jabatan berusaha memperkasakan masyarakat agar lebih bersedia menghadapi kecemasan dan mengamalkan budaya pencegahan kebakaran.
Penyewaan Dewan
Jabatan Bomba dan Penyelamat menawarkan kemudahan penyewaan Dewan Serbaguna bagi kegunaan awam, organisasi dan agensi kerajaan untuk tujuan mesyuarat, taklimat, resepsi perkahwinan, latihan sukan, program dan acara.
Dewan Serbaguna dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, kerusi, meja dan tandas. Borang permohonan boleh didapti di laman web rasmi ini.