SYARAT-SYARAT PENYEWAAN DAN PENGUNAAN DEWAN SERBAGUNA IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT
1. Dikenakan bayaran sebanyak $300.00 bagi sekali penggunaan.
2. Pemohon/penyewa tidak dibenarkan menyewa kerusi/meja dari pihak luar kecuali tidak mencukupi dari jabatan ini.
3. Setiap kerusi dan meja adalah tidak termasuk dalam penyewaan menggunakan dewan iaitu:-
Kerusi Setiap Satu = $0.50 (Lima puluh sen).
Meja Setiap Satu = $3.00 (Tiga Ringgit sahaja).
4. Pembayaran sewa hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggunaan dewan ke Bahagian Kewangan tingkat 1, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.
5. Pemohon/penyewa hendaklah memohon dalam tempoh tidak kurang satu (1) bulan sebelum tarikh menggunakan dewan tersebut.
6. Pemohon/penyewa perlu menunjukkan resit/ surat kebenaran/kelulusan sebelum menggunakan dewan dan sebarang kemudahan.
7. Pemohon/penyewa akan menggunakan dewan serbaguna secara percuma sehari sebelum dan sehari selepas acara kemuncak dijalankan bagi tujuan untuk menghias, mengemas dan membersihkan dewan serta kawasan diluarnya.
8. Jabatan ini tidak menyediakan tenaga buruh dan tidak membekalkan kelengkapan bagi pemohon/penyewa.
9. Tidak dibenarkan menyambung sebarang pendawaian elektrik tanpa kebenaran.
10. Jabatan ini tidak akan menyediakan kemudahan-kemudahan dewan yang lain kecuali yang disewakan sahaja.
11. Dilarang atau tidak dibenarkan masuk mana-mana bilik kecuali dewan sahaja.
12. Penyewaan hanya ruang Dewan sahaja dan tidak termasuk bilik-bilik kecil yang sedia ada.
13. Pemohon/penyewa hendaklah menunjukkan resit bayaran sebelum menggunakan dewan.
14. Pemohon/penyewa hendaklah memastikan keadaan di dalam dan di luar dewan sentiasa berkeadaan baik, bersih dan selamat.
15. Semua pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakkan/kehilangan semasa tempoh penyewaan akan di pertanggungjawabkan kepada pemohon/penyewa.
16. Dilarang merokok di kawasan dalam dan luar dewan.
17. Minum minuman keras di dalam bangunan dewan serbaguna adalah ditegah sama sekali.
18. Tidak dibenarkan aktiviti memasak di mana-mana juga bahagian di kawasan dalam dan luar dewan.
19. Penyewaan dewan tidak akan dibenarkan bagi tujuan sebarang perhimpunan yang berbentuk politik, perjudian dan mana-mana aktiviti yang ditegah oleh Kerajaan.
20. Jabatan ini juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan/ kecederaan/kehilangan/ kerosakan yang berlaku ke atas mana-mana individu atau harta benda (termasuk kenderaan) sepanjang tempoh penggunaan atau disekitar kawasan luar dewan.
21. Pemohon/penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat- syarat yang akan dlkenakan dari masa ke semasa oleh pegawai yang bertugas.
22. Keramaian jemputan dalam dewan dihadkan seramai 450 orang sahaja. Lorong bahagian dalam tidak dibenarkan untuk penyimpanan kerusi dan meja merujuk: Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 (Fire Safety Order 2016).
23. Dewan ini hanya boleh menampung ‘Maximun Occupancy Load’ yang diluluskan Piawaian Brunei Darussalam (PBD) :12/2014 iaitu seperti berikut:-
Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat:
Kerusi dan meja = 450 orang
Berdiri= 940 orang
Kerusi sahaja = 940 orang
24. Jabatan ini berhak untuk menarik balik atau menolak sebarang permohonan dengan serta merta jika dewan digunakan atas sebab-sebab keperluan Jabatan tanpa memperuntukan dewan lain sebagai ganti.
25. Jabatan ini berhak mengenakan sebarang peraturan-peraturan tambahan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada pemohon/penyewa.