BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 04 Januari 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma kepada anak-anak yatim Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 16 orang bertempat di Bilik Kuliah, Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas. Ini adalah inisiatif Jabatan dalam usaha memastikan kesejahteraan golongan anak yatim Jabatan ini sentiasa mendapat perhatian khususnya waktu persekolahan bermula bagi meringankan beban perbelanjaan keperluan asas pendidikan. Melalui sumbangan dari Persatuan Bomba, perkara ini dapat diungkayahkan dengan baik.