Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SUMBANGAN DERMA KEMBALI KE SEKOLAH 2025 BAGI ANAK-ANAK YATIM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

No photo description available.

​​BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 04 Januari 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Sumbangan Derma kepada anak-anak yatim Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 16 orang bertempat di Bilik Kuliah, Bangunan Teknikal, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas. Ini adalah inisiatif Jabatan dalam usaha memastikan kesejahteraan golongan anak yatim Jabatan ini sentiasa mendapat perhatian khususnya waktu persekolahan bermula bagi meringankan beban perbelanjaan keperluan asas pendidikan. Melalui sumbangan dari Persatuan Bomba, perkara ini dapat diungkayahkan dengan baik.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Azmi bin Haji Hafneh. Turut hadir adalah Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota dan kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Penjaga anak-anak yatim. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Ahli Bomba 1026 Amin bin Zainuddin.
Ahli Bomba 1207 Pengiran Amir Ainol Azreen Omar Saifuddin bin Pengiran Haji Amir Hamzah Omar Saifuddin


No photo description available.

No photo description available.

Created at 07/04/2025 14:33 by Awangku Mohammad Ali Rahman bin Pengiran Haji Salleh
Last modified at 07/04/2025 14:33 by Awangku Mohammad Ali Rahman bin Pengiran Haji Salleh