Bandar Seri Begawan, Rabu, 08 Januari 2025 - Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi ‘A’ telah menyerahkan sijil masyarakat berjasa kepada Awangku Mohd Abd Syazwan Jaya Hamizan Bin Pengiran Haji Abdullah di mana beliau telah berjaya memadamkan kebakaran elektrik pada switch board sebuah rumah di kawasan Jalan Raja Isteri Anak Saleha, Bandar Seri Begawan pada 21 Disember 2024 yang lalu.
Penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Pemangku Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Ajahrain Bin Mail, Pemangku Pegawai Pemerintah Operasi ‘A, bertempat di Balai Bomba Beribi.
Ahli Bomba 1412 Ali Khairul Asri Bin Haji Ali Amat.