gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA (KHEU) DAN JABATAN- JABATAN DI BAWAHNYA MENGIKUTI KURSUS FIRE MARSHAL

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat telah melaksanakan Kursus Fire Marshal bagi peserta dari KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya selama 03 hari bermula pada 20 sehingga 23 Oktober 2026 dengan keramaian seramai 39 orang.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai pencegahan kebakaran, peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal di tempat kerja.

Antara modul yang disampaikan termasuk pengenalan kepada punca kebakaran, prosedur bertindak semasa kecemasan, latihan penggunakan alat pemadam api mudah alih, dan latihan pengosongan bangunan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa komited dalam meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di kalangan sektor awam dan swasta melalui program latihan yang berterusan.