gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

UPACARA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA TAHUN 1448H BAGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Kuala Belait, Selasa, 25 Ogos 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) turut serta dalam Upacara Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1448H yang diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait.

Perhimpunan dan perarakan JBP diketuai oleh Timbalan Pegawai Pemerintah cawangan operasi B, Yang Mulia Mohd Sofian bin Haji Mohd Yussof bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota JBP dengan keramaian seramai 107 orang.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen JBP dalam menyokong dan memeriahkan acara keagamaan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan dan masyarakat.