gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LAWATAN KERJA PEMANGKU PENGARAH BOMBA DAN PENYELAMAT KE CAWANGAN OPERASI 'B'

BELAIT, Khamis, 20 Ogos 2026 – Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Azmi bin Haji Hafneh, serta pegawai-pegawai kanan Bomba telah mengadakan lawatan kerja ke Cawangan Operasi ‘B’ pada hari Rabu, 19 Ogos 2026.

Dalam lawatan tersebut, rombongan berkesempatan menyaksikan keanggotaan yang sedang menjalankan Kursus Asas Hazmat di Balai Bomba Spark. Lawatan kemudiannya diteruskan dengan meninjau kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kejadian kebakaran tanah gambut.

Tinjauan tersebut bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi insiden kebakaran tanah gambut, khususnya melalui pemantauan kawasan serta penyediaan sumber air terbuka yang bersesuaian bagi menyokong operasi pemadaman sekiranya berlaku kejadian.

Kehadiran rombongan telah dialu-alukan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B, Yang Mulia Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Amirul Hadi bin Haji Junaidi.