MALAM KE-8 DIKIR MAULUD DI SURAU IBTE, KAMPUS MAKTAB TEKNIK SULTAN SAIFUL RIZAL
Bandar Seri Begawan, Khamis, 20 Ogos 2026 – Seramai 16 orang Pendikir Bomba daripada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri jemputan pada malam ke-lapan pada 08 Rabiulawal, 1448H bersamaan dengan 20 Ogos, 2026. Sempena Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi tahun 1448 hijrah / 2026 masihi di Surau IBTE Kampus MTSSR Kg. Pulaie.
Majlis didahulukan dengan solat fardhu maghrib berjemaah yang diketuai oleh Imam Surau tersebut dan diteruskan dengan persembahan Dikir Ya Rabbi Solli (Dibaie) dan Dikir Qul Ya Adzim (Qasidah) beramai-ramai yang dipimpin oleh ABKS 769 Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud, Majlis diakhiri dengan Dikir Badriyyah (Selawat) dibawai oleh ASO Rufidzan bin Haji Ahmad, serta doa selamat.