gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

EMPAT SYARIKAT DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Khamis, 23 Julai 2026 – Seramai 18 orang, pegawai dan kakitangan dari Amanah Shar Hotel, DHL Express (B) Sdn Bhd, BRC dan An-Nur Al-Khayr Travel & Tours Sdn Bhd mengikuti kursus Fire Marshal selama 03 hari bermula pada 21 hingga 23 Julai 2026 bertempat di Dewan dan Bilik Syarahan Amanah Shar Hotel dan Bilik Theater Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi swasta serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.