SOLAT HAJAT DAN DOA ALLAH PELIHARAKAN SULTAN SEMPENA HARI PUJA USIA KDYMM YANG KE 80 TAHUN SERTA KESELAMATAN KEANGGOTAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Bandar Seri Begawan, Khamis, 16 Julai 2027 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Solat Hajat dan Doa Allah Peliharakan Sultan sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 80 Tahun, di samping memohon keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan Allah SWT ke atas seluruh warga Jabatan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Azmi bin Hj Hafneh.
Majlis tersebut diadakan di Surau Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, sejurus selepas bacaan Surah Yassin, Tahlil serta Doa yang diimamkan oleh Ketua Guru Ugama Yang Mulia Awang Ustaz Haji Shamsuri bin Haji Tuah.
Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Antara tujuan utama Solat Hajat ini adalah untuk memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, keberkatan usia serta perlindungan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar Baginda sentiasa berada dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT.
Di samping itu, doa juga dipanjatkan agar seluruh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa dikurniakan keselamatan, kekuatan, kesihatan, dipermudahkan segala urusan serta dilindungi daripada sebarang musibah dan bahaya ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.