Bandar Seri Begawan, Rabu, 10 Disember 2025 ā Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Balai Ibadat Kampung Sungai Pandan serta penduduk kampung setempat telah menyertai Kursus LifeSaver 995 yang diadakan di Balai Ibadat Kampung Sungai Pandan.
Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi āDā, Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai salah satu inisiatif berterusan dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan serta pengurusan kecemasan.
Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk memperkasakan pengetahuan dan kemahiran asas peserta dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, khususnya yang melibatkan kebakaran. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan praktikal mengenai asas penggunaan hos bomba, cara penggunaan alat pemadam api yang betul, serta tatacara menyelamatkan mangsa semasa kejadian kebakaran.
Penganjuran kursus seumpama ini diharap dapat melahirkan komuniti yang lebih peka, berdaya tindak serta mampu bertindak awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat, sekali gus menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.