PROGRAM DAKWAH MELALUI TADABBUR AL-QURAN DAN AL-HADITH DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Bandar Seri Begawan, Khamis, 05 September 2026 – Seramai pegawai dan anggota wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri program Dakwah Melalui Tadabbur Al-Quran Dan Al-Hadith anjuran Kolej Universiti PErguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Program keugamaan ini telah diadakan di Mess Pegawai, Dewan Serbaguna Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Dalam sesi tadabbur bertajuk ‘Integriti Berteraskan Sabar dan Solat: Tadabbur Surah Al-Baqarah Ayat 153’ serta ‘Kemuliaan Akhlak Rasullullah Sallahahu Alaihi Wasallam’ disampaikan oleh Penolong Ra’es II (Hal Ehwal Akademik) Yang Mulia Dr. Norasimah binti Haji Omar, dan Timbalan Pengarah, Pusat Penyelodikan dan Penerbitan, KUPU SB, Yang Mulia Ustazah Hajah Tiaara binti Haji Basman.
Program ini bertujuan mendedahkan pegawai, anggota dan kakitangan awam dengan Tadabbur Al-Quran dan Al-Hadith sebagai rujukan kehidupan seharian.