gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN HUTAN DI KAMPONG BERIBI

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melaksanakan operasi memadam Kebakaran Hutan pada 2 September 2026 jam 10.08 pagi di Kampong Beribi.

Sebuah (1) buah Jentera dari Balai Bomba Beribi dengan keanggotaan seramai enam (6) orang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Md Rafie Bin Abd Latif telah di kerahkan ke tempat kejadian tersebut.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api kecil dan bertompok-tompok. Luas kebakaran dua (2) hektar diatas tanah kerajaan. Punca api tidak dapat dipastikan.