KEMALANGAN JALAN RAYA DI JALAN MAULANA, KUALA BELAIT
KUALA BELAIT, Selasa, 1 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Maulana, Kuala Belait pada pagi tersebut.
Seramai lapan (8) orang anggota bersama dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Kuala Belait, diketuai oleh Pemangku Timbalan Pegawai Balai Abd Rahman bin Haji Munap, telah dikejarkan ke tempat kejadian.
Sampai di tempat panggilan, didapati kemalangan tersebut melibatkan tiga (3) buah kenderaan. Seorang mangsa perempuan didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Ahli bomba segera bertindak mengeluarkan mangsa dengan memotong pintu kenderaan menggunakan peralatan khas. Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) minit.
Tiada korban jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.