UPACARA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM PERINGKAT NEGARA TAHUN 1448H BAGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
BANGAR, Selasa, 25 Ogos 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) turut serta dalam Upacara Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1448H yang diadakan di Kawasan Letak Kereta Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Mukim Bangar.
Perhimpunan dan perarakan JBP diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai cawangan operasi G, Yang Mulia Md Nurul Iman bin Ali Rahman bersama pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota JBP dengan keramaian seramai 54 orang.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen JBP dalam menyokong dan memeriahkan acara keagamaan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan dan masyarakat.