gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN LONGGOKAN TAYAR DI KAWASAN PANTAI SERASA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Ogos 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran longgokan tayar pada sekitar pagi bertempat di Jalan Pantai Serasa.

Dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Muara dan Balai Bomba Mentiri, dengan keanggotaan seramai 11 orang, telah dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai, Rufiandi bin Abd Rahman.

Setibanya di lokasi, didapati api besar sedang membakar longgokan tayar. Tidak ada korban jiwa serta kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Ahli bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan empat (4) jet hos berukuran 64mm ke 38mm serta satu (1) tong foam serta bekalan air diperolehi daripada pili bomba yang berdekatan.