gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

BERAKAS, Sabtu, 29 Ogos 2026 – Seramai 47 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran yang diadakan di Pusat Persidangan Antara Bangsa (ICC), Berakas.

Taklimat disampaikan oleh pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

Taklimat tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran serta memberikan pendedahan mengenai tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi kecemasan, khususnya kejadian kebakaran.

Para peserta turut diberikan penerangan dan tunjuk ajar secara praktikal mengenai kaedah penggunaan alat pemadam api yang betul dan selamat.

Hadir sama ialah Yang Mulia Haji Chipli bin Haji Mohammad, Pengarah Keselamatan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Program seumpama ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan tahap kesiapsiagaan para peserta dalam menghadapi kecemasan kebakaran, sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda.