MALAM KE-7 DIKIR MAULUD DI MASJID KG PULAIE
Bandar Seri Begawan, Rabu, 19 Ogos 2026 – Seramai 12 orang Pendikir Bomba daripada pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri jemputan pada malam ke-Tujuh bertarikh 07hb. Rabiulawal 1448H bersamaan dengan 19hb Ogos 2026. Sempena Majlis Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi tahun 1448 hijrah / 2026 masihi di Masjid Pulaie.
Majlis didahulukan dengan solat fardhu maghrib berjemaah yang diketuai oleh Imam Masjid tersebut dan diteruskan dengan persembahan Dikir Assalam (Syarafil Annam) beramai-ramai yang dipimpin oleh ABKS 769 Yang Mulia Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud dan Dikir Bishahrin (Syarafil Annam) dibawai oleh ASO Yang Mulia Rufidzan bin Haji Ahmad, Majlis diakhiri dengan Dikir Ya Rabbi Solli (Dibaie) & Badriyyah (Selawat) dibawai oleh ABKS769 Yang Mulia Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud, serta doa selamat.