gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

INSIDEN PANGGILAN POKOK TUMBANG.

TUTONG, Ahad, 26 Julai 2026- Seramai 06 orang anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Lamunin diketuai oleh Ahli Bomba Kanan 298 Peranchis anak Bayang telah dikerahkan menghadiri panggilan insiden pokok tumbang selepas menerima panggilan tersebut.

Setibanya ditempat kejadian, didapati sepohon pokok telah tumbang dan mengakibatkan kerosakan sebahagian atap rumah . Pokok tersebut berukuran lebih kurang 12 meter panjang dan 60 cm garis pusat.

Ahli Bomba segera bertindak memotong pokok tersebut menggunakan tiga (03) buah _chain saw_ dan memasang sekeping (01) kanvas. Tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian.

Turut hadir di tempat panggilan Awang Suhili bin Alas, Pemangku Ketua Kampung Pangkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus.