gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PENDUDUK MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG PENANJONG TUTONG MENGIKUTI KURSUS LIFESAVER 995

TUTONG, Rabu, 29 Julai 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘E’ telah mengendalikan Kursus Lifesaver 995 kepada seramai enam (6) orang ahli Majlis Perundingan Kampung Penanjong. Kursus selama sehari tersebut telah diadakan di Balai Bomba Bukit Beruang, Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para peserta mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja serta melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas sebagai petindak awal dalam menangani insiden kebakaran sebelum ketibaan anggota bomba.

Dengan penyertaan Mukim Pekan Tutong (Kampung Penanjong), kini sebanyak 21 buah mukim telah berjaya menerima set perkakas kebakaran di bawah Program Lifesaver 995 Akar Umbi Jabatan Bomba dan Penyelamat.