Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFSO 2016

​​​​​​

PERINTAH KESELAMATAN KEBAKARAN 2016 (FIRE SAFETY ORDER 2016)​

 
Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 adalah satu akta yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Februari 2016 dan secara rasminya diwartakan pada 03 Mac 2016 yang diberigakan secara 3 fasa.

Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 diadakan adalah untuk :-

 

  1. ​Memudahkan Ease of Doing Business - mengawal keselamatan kebakaran ke atas premis-premis perniagaan.
  2. Kawala​n kerja-kerja keselamatan kepakaran bagi membina bangunan baru, pengubahsuaian,​​ tambahan dan sebagainya.
  3. Kuasa-kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam untuk memasuki semua premis untuk pelbagai tujuan dan penguatkuasaan.


 

​​Fasa Pertama: Ease Of Doing Business yang sudahpun bermula pada 19 April 2016.



 
Slide06.jpg

 
 
 
Ease of Doing Business adalah bagi memudahkan pengusaha-pengusaha untuk menjalankan perniagaan yang mana Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam memberi kerjasama dengan pihak pengendalian Registrar of Companies & Business Names (ROCBN) bagi pemeriksaan Sistem Keselamatan Perlindungan dan Pencegah Kebakaran terhadap premis-premis yang dipohonkan kepada ROCBN, Kementerian Kewangan.

 
Bagi orang awam yang ingin memulakan perniagaan perlulah mendaftar permohonan bagi premis perniagaan mereka ke ROCBN. Senarai nama premis-premis yang telah diluluskan oleh ROCBN akan dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam melalui email. Seterusnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam mengambil alih tugas-tugas pemeriksaan Keselamatan Perlindungan Kebakaran terhadap premis berkenaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pencegah Kebakaran dan Penguatkuasaan. Pemeriksaan yang dilakukan adalah berpandukan Garis Panduan Piawaian Brunei Darussalam 12 : 2014 ( PBD 12 ) yang telah ditetapkan dalam PERINTAH KESELAMATAN KEBAKARAN 2016. Mana-mana premis yang tidak mematuhi kehendak  Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam dengan sistem keselamatan perlindungan pencegah kebakaran boleh didakwa di bawah PERINTAH KESELAMATAN KEBAKARAN 2016 yang telah dikuatkuasakan.

 

 
FSO 2016_08112016.jpg
 


 
Perakuan Bomba dan Pelan Tindakan Kecemasan
 

Bagi pemohon yang memiliki kriteria-kriteria tersebut dibawah adalah DIWAJIBKAN membuat permohonan dan memperolehi PERAKUAN BOMBA (Fire Certificate):-
  1. ​​BANGUNAN AWAM atau premis yang mempunyai MUAT PENGHUNI (OCCUPANT LOAD) yang melebihi 200 orang, ATAU
  2. BANGUNAN yang DIANGGAP SANGAT BAHAYA bagi penduduk.
Tanpa PERAKUAN BOMBA tersebut, tidak ada seorang pun yang boleh menduduki atau menggunakan bangunan-bangunan berkenaan.

 

 
FSO 2016_08112016-23.jpg
 
Slide30.jpg
 

 
 

DENDA KOMPAUN
Di antara kesalahan-kesalahan yang akan dikenakan ​DENDA KOMPAUN yang ditetapkan di bawah AKTA PERINTAH KESELAMATAN KEBAKARAN 2016 adalah seperti berikut:-
FSO 2016_08112016-2.jpg
 
Slide17.jpg
 
Slide18.jpg
Slide19.jpg
 
Slide23.jpg
 

 

 
Diantara kesalahan-kesalahan yang akan dikenakan KUASA PERINTAH TUTUP BAGI BAHAYA KEBAKARAN adalah 

 
Slide25.jpg
 
Slide25.jpg
 
Slide26.jpg
 

 
Kesalahan yang boleh menyebabkan HARTA BENDA DAN BAHAN-BAHAN DIRAMPAS ATAU DIHAPUS

 
Slide27.jpg
 


 
 ​FASA KEDUA: Petroleum akan dilaksanakan awal tahun 2017

 

 
Slide07.jpg
 

 

 
FASA KETIGA: Pangkalan yang akan dilaksanakan pada tahun 2018.

 
Slide08.jpg
 

 
Sabit kesalahan kompaun maka:

Slide35.jpg
 
 

 
Sabit kesalahan yang mana dendaan kompaun tidak dinyatakan di dalam Perintah Keselamatan Kebakaran 2016 maka:​

Slide37.jpg
 
Slide38.jpg
 

Untuk keterangan lanjut, layari laman FAQ. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ke Pejabat Bahagian Pencegah Kebakaran dan Penguatkuasaan di talian 238​0402 sambungan 300 ATAU hantar email kepada firesafetydivision@bomba.gov.bn

 

Akta perintah boleh dimuat turun di sini.