Text size :
ADVANCEDSEARCH
Senarai semak ini adalah juga penting dalam meningkatkan keselamatan dan mencegah kebakaran semasa awda dan keluarga atau tidak ada penghuni di rumah samaada awda keluar meninggalkan rumah untuk membeli belah,melancong keluar negeri,ke tempat perayaan atau majlis-majlis tertentu atau balik kampong.
TUTONG, 12 Februari 2021, seramai 25 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 Februari 2021 bertempat di Janakuasa Elektrik Bukit Panggal, Tutong yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi E Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Bandar Seri Begawan, Jumaat 05 Februari 2021. Seramai 18 orang Pegawai dan Kakitangan daripada bank BIBD mengikuti kursus Fire Marshall selama 3 hari bermula pada 08 hingga 10 Februari 2021 bertempat di Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Bandar Seri Begawan, Sabtu 06hb Februari 2021M, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi 'D' mengadakan majilis penyampaian sijil tamat Kursus Asas Jungle Rescue bagi kumpulan kedua seramai 23 orang bertempat Balai Bomba Sungai Kebun, yang di sampaikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'D' Penguasa Kanan Muhd Shahreeni Bin Haji Muhd Yussof.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Januari 2021, Cawangan Operasi 'D', Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan latihan Kecemasan EKSESAIS SEKOCI 2021 yang diketuai oleh Exercise Director SSFR Muhd Shahreeni bin Haji Mohd Yussof, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’. Latihan ini dijalankan bersepadu dengan agensi-agensi keselamatan lainnya yang mana melibatkan Operasi Mencari dan Menyelamat di permukaan (Search and Rescue) dan di dalam air.