TANAH SUSUR DI KAWASAN KAMPUNG KATIMAHAR
SENGKURONG, Sabtu, 17 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan tanah susur di kawasan Kampung Katimahar yangmana sebuah jentera dari Balai Bomba Jerudong dengan keanggotaan seramai enam (6) orang diketuai oleh Pemangku Timbalan Pegawai Balai Saini bin Gapor telah dikerahkan ke tempat kejadian tersebut.
Apabila sampai di tempat panggilan, didapati tanah susur dalam jarak lebih kurang empat (4) meter dari rumah si pemanggil. Anggota bomba segera memasang dua (2) nos canvas untuk menutupi kawasan tersebut bagi mengelakkan dari terjadinya lagi tanah susur.
JBP menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam membuat aktiviti harian pada musim hujan dan kerap memantau persekitaran rumah bagi mengelakkan perkara yang boleh membahayakan nyawa.