BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 07 Disember 2025 – Pasukan Tarik Kalat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) merupakan salah satu pasukan yang mengambil bahagian dalam Perlawanan Tarik Kalat sempena Program Kemasyarakatan Daerah Brunei dan Muara anjuran Jabatan Penjara dengan kolaborasi bersama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).
Pertandingan tersebut berlangsung selama tiga (3) hari bermula 05 hingga 07 Disember 2025 bertempat di Padang Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Hadir menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.
Sebanyak lapan (8) pasukan telah menyertai pertandingan berkenaan, manakala pasukan JBP terdiri daripada 12 orang, iaitu 10 orang pemain serta 2 orang pegawai pengurusan. Barisan Pasukan JBP adalah:
Pemain:
Pegawai Balai Mohd Firdaus bin Yussof,
ABK 97 Haji Md Gazzara Haji Yusmalek,
ABK 240 Pg Adi Iskandar Bin Pg Haji Annuar,
ABK 286 Mohammad Azmi Bin Yusop,
ABK 751 Mohammad Sofian Bin Awg Zaini,
ABKS 294 Zulaihi Bin Haji Kinin,
AB 1041 Mohammad Zuljamal Bin Suhaili,
AB 1109 Mohammad Ajeeriah Bin Serudin,
AB 1248 Md Hidayatul Syahrunnidzam Bin Ed Osmera,
AB 1362 Muhamad Faiz Farhan Bin Kamat.
Pengurusan Pasukan:
Penguasa Bomba Pg Md Hazizul Syambas bin Pg Haji Ahmad Supri (Pengurus) dan
Penolong Penguasa Bomba, Abdul Majid bin Haji Abd Wahab (Timbalan Pengurus).
Pertandingan yang menguji kekuatan fizikal, kerjasama berpasukan serta semangat kesetiaan ini menyaksikan pasukan JBP berjaya menamatkan saingan di tempat keempat setelah beraksi cemerlang sepanjang tiga hari kejohanan.
Turut hadir memberikan sokongan adalah pegawai-pegawai dan warga Jabatan Bomba dan Penyelamat.