gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KURSUS FARDHU KIFAYAH SELAMA 2 HARI DI SURAU IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Berakas, 15 Januari 2026 – Seramai 30 orang peserta terdiri daripada Pegawai-Pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengikuti Kursus Fardhu Kifayah mulai 14 hingga 15 Januari 2026 bertempat di Surau Ibu Pejabat JBP.

Dalam kursus tersebut peserta diajarkan tatacara mengendalikan jenazah seperti memandikan dan mengkafankan jenazah dan sebagainya menurut hukum Syara’ dan Sunnah Agama Islam. Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Asmady bin Haji Ahmad dari Masjid Kg Pulaie, Fasilitator Pengurusan Jenazah.