Permohonan secara persuratan ditujukan kepada:
Sila lengkapkan borang berikut sebelum mengikuti program:
Kursus Fire Marshal
Latihan profesional berkaitan pencegahan kebakaran, penilaian risiko dan tindakan awal keselamatan.
Objektif: Melahirkan pegawai dan kakitangan keselamatan kebakaran yang kompeten di setiap organisasi.
Tempoh Kursus: 03 Hari
Terbuka kepada: Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Institusi Pendidikan.
Program Lifesaver 995
Program ini bertujuan untuk
- Meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi bencana semasa kecemasan.
- Memupuk kesedaran awam mengenai langkah keselamatan bermula daripada kepimpinan akar umbi.
- Mendorong masyarakat, khususnya anak-anak buah kampung, untuk memahami risiko kebakaran.
- Menggalakkan tindakan awal memadam kebakaran dengan cara yang betul dan selamat sebelum kebakaran merebak dan melarat.
- Tempoh kursus: 01 Hari
- Terbuka Kepada: Agensi Kerajaan, Swasta dan Komuniti Kampung.
Latihan Pengosongan Bangunan
Latihan evakuasi ini memastikan penghuni bangunan memahami prosedur dan laluan kecemasan.
Objektif: Menguji kesiapsiagaan organisasi dan memastikan tindak balas evakuasi berjalan lancar.
Terbuka kepada: Bangunan kerajaan, syarikat swasta, sekolah, dan premis perniagaan.
Taklimat Keselamatan Kebakaran
Pendedahan asas mengenai punca kebakaran, langkah pencegahan dan penggunaan peralatan keselamatan.
Objektif: Meningkatkan kesedaran keselamatan dan memupuk budaya pencegahan dalam masyarakat.
Terbuka kepada: Sekolah, Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Komuniti Kampung.
Lawatan ke Balai Bomba
Lawatan pendidikan untuk mengenali operasi, jentera, peranan anggota dan jabatan.
Objektif: Memberi pendedahan keselamatan kebakaran serta meningkatkan kesedaran awam.
Terbuka Kepada: Organisasi kerajaan dan swasta.