gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI JALAN KERUAK PANAGA

SERIA, Jumaat, 02 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kebakaran Kenderaan yang berlaku pada waktu malam. Seramai tujuh (7) orang anggota yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai Rosli bin Sabli dengan dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Seria telah dikejarkan ke insiden tersebut.

Apabila sampai ditempat panggilan, didapati dua buah kenderaan dalam keadaan parking telah mendapat kebakaran keseluruhannya. Api dapat dipadamkan dalam masa 3 minit.

Punca kebakaran masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa yang berlaku.