gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Permohonan Sijil Produk Keselamatan Kebakaran

Setiap produk-produk yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran hendaklah dipohonkan kebenaran terlebih dahulu ke Jabatan ini sebelum di bawa masuk dan di guna pakai di dalam Negara ini adalah selamat untuk digunakan.

Setiap produk yang dibenarkan akan diberikan satu sijil daripada Jabatan ini bagi tempoh 18 bulan atau tertakluk kepada surat lantikan dari pembekal.

Untuk mendapatkan borang permohonan boleh lah datang ke Unit Penyelidikan dan Perkembangan (RND) di Tingkat 1, Bangunan Teknikal Cawangan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat atau boleh di muat turun dari website Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tatacara Permohonan

Setiap syarikat yang berhasrat untuk membekal produk keselamatan kebakaran dari luar Negara hendaklah mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat terlebih dahulu dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Persuratan permohonan
  2. Borang permohonan Sijil pengesahan produk yang lengkap diisi (klik untuk muatturun borang).
  3. Surat lantikan dari pembekal luar negara.
  4. Sijil Organisasi Standard antarabangsa (ISO) dari pembekal luar negara yang masih sah laku (valid).
  5. Sijil pengiktirafan produk yang dipohonkan daripada pembekal luar negara yang masih sah laku (valid).
  6. Laporan ujian bagi produk yang dipohonkan daripada pembekal luar negara.
  7. Katalog produk yang dipohonkan.

** Pemohon hendaklah menandakan dengan cop syarikat dan tandatangan pengurus bagi setiap dokumen yang disertakan sebelum dikembalikan kepada Jabatan ini.

TPOR bagi memproses sijil pengesahan produk adalah 14 hari waktu bekerja, tidak termasuk hari Jumaat, Ahad dan Cuti awam.