gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Tugas dan Tanggungjawab

Tugas-tugas Bomba dan Penyelamat ialah untuk mengambil langkah-langkah yang disahkan oleh undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan 2002) Bahagian II Bab 7 iaitu:

  • Memadam, melawan, mencegah dan mengawal api.

  • Menjaga keselamatan nyawa dan harta benda jika berlaku kebakaran.

  • Mencegah kebakaran.

  • Menyiasat tentang sebab, punca dan keadaan kebakaran.

  • Melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk melindungi nyawa dan harta benda dalam sebarang bencana.

  • Memberi nasihat mengenai langkah-langkah perlindungan kebakaran dan bahaya kebakaran.

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang mungkin dibebankan keatas mereka.