gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Permohonan secara persuratan ditujukan kepada:

Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Landasan Lama Berakas, BB3510,
Negara Brunei Darussalam.
(UP: Bahagian Komunikasi Korporat)
Telefon: +6732380409/402 ext 111
Email: ccd.hq@bomba.gov.bn

Sila lengkapkan borang berikut sebelum mengikuti program:

Kursus Fire Marshal

Latihan profesional berkaitan pencegahan kebakaran, penilaian risiko dan tindakan awal keselamatan.

Objektif: Melahirkan pegawai dan kakitangan keselamatan kebakaran yang kompeten di setiap organisasi.

Tempoh Kursus: 03 Hari

Terbuka kepada: Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta dan Institusi Pendidikan.

Program Lifesaver 995

Program ini bertujuan untuk

  • Meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi bencana semasa kecemasan.
  • Memupuk kesedaran awam mengenai langkah keselamatan bermula daripada kepimpinan akar umbi.
  • Mendorong masyarakat, khususnya anak-anak buah kampung, untuk memahami risiko kebakaran.
  • Menggalakkan tindakan awal memadam kebakaran dengan cara yang betul dan selamat sebelum kebakaran merebak dan melarat.
  • Tempoh kursus: 01 Hari
  • Terbuka Kepada: Agensi Kerajaan, Swasta dan Komuniti Kampung.

Latihan Pengosongan Bangunan

Latihan evakuasi ini memastikan penghuni bangunan memahami prosedur dan laluan kecemasan.

Objektif: Menguji kesiapsiagaan organisasi dan memastikan tindak balas evakuasi berjalan lancar.

Terbuka kepada: Bangunan kerajaan, syarikat swasta, sekolah, dan premis perniagaan.

Taklimat Keselamatan Kebakaran

Pendedahan asas mengenai punca kebakaran, langkah pencegahan dan penggunaan peralatan keselamatan.

Objektif: Meningkatkan kesedaran keselamatan dan memupuk budaya pencegahan dalam masyarakat.

Terbuka kepada: Sekolah, Jabatan Kerajaan, Syarikat Swasta dan Komuniti Kampung.

Lawatan ke Balai Bomba

Lawatan pendidikan untuk mengenali operasi, jentera, peranan anggota dan jabatan.

Objektif: Memberi pendedahan keselamatan kebakaran serta meningkatkan kesedaran awam.

Terbuka Kepada: Organisasi kerajaan dan swasta.