gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI LIGHT INDUSTRY, KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Selasa, 21 Julai 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kebakaran Kenderaan yang berlaku pada sebelah petang. Seramai sepuluh (10) orang anggota yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Muhd Ermie Hasbullah bin Abdullah Mahari dengan tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Kuala Belait telah dikejarkan ke insiden tersebut.

Apabila sampai ditempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan kenderaan jenis SUV. Api dapat dipadamkan dalam masa 5 minit.

Punca kebakaran masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa yang berlaku.