gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN DI KAMPONG PERAMU

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran rumah di Kampong Peramu.

Seramai 18 orang anggota bersama tiga (3) buah perahu bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran telah dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Haji Othman Bin Mat Yusof

Setibanya di lokasi, didapati api besar, membakar dua buah rumah jenis kayu. Anggota bertindak memadam kebakaran menggunakan 7 jet hos dan air diperolehi daripada air terbuka. Api dapat dikawal dalam masa 25 minit.

Punca api dan kerugian masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa berlaku semasa kejadian.