gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS BERTADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT BAGI TAHUN 1447H / 2026M

BERAKAS, Selasa, 24 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi. Majlis tersebut berlangsung dengan penuh khusyuk dan tertib sebagai salah satu pengisian rohani dalam mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan ini.

Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Azmi bin Haji Hafneh.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, diikuti dengan tazkirah pembukaan tadarus. Seterusnya, bacaan Surah Al-Fatihah dan doa memulakan bacaan Al-Quran dibacakan sebelum sesi tadarus dimulakan, yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Shamsuri bin Haji Tuah. Acara kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Selamat dan diakhiri dengan bersurai.

Turut hadir pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penganjuran majlis seumpama ini diharap akan dapat memperkukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga jabatan, di samping menyemarakkan budaya membaca serta menghayati Al-Quran sebagai panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti dan dedikasi.