SEKOLAH RENDAH MUDA HASHIM TUTONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN.
Tutong, hari Selasa, 10 Februari 2026, seramai 246 orang warga Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pengosongan Bangunan yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘E’.
Semasa taklimat disampaikan, warga sekolah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta melihat secara dekat perkakas penyelamat dan jentera Bomba.
Sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik serta tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.