gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH PENGIRAN KESUMA NEGARA BUKIT BERUANG TUTONG, KLUSTER 5.

BUKIT BERUANG, Sabtu, 07hb Febuari 2026 – Balai Bomba Bukit Beruang menerima lawatan sambil belajar dari Penuntut Berkeperluan Khas Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang Tutong, Kluster 5 seramai 54 orang murid, ibubapa/penjaga dan guru sekolah tersebut.

Ketibaan rombongan lawatan dialu-alukan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘E’ serta keanggotaan Balai Bomba Bukit Beruang.Para peserta diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba.Mereka turut melihat secara dekat perkakas menyelamat dan mengujicuba perkakas memadam kebakaran.

Lawatan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya ucapan penghargaan dari Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi E.