gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI KAMPUNG LUGU

LUGU, Sabtu, 7 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan kecemasan berhubung satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di kawasan Kampung Lugu.

Sejurus menerima maklumat, dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Jerudong bersama tujuh (7) orang anggota, diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Isa bin Haji Ahad, telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati api sedang marak dan membakar keseluruhan sebuah kereta. Pasukan operasi segera menjalankan kerja-kerja pemadaman dengan mengeluarkan dua (2) aliran pancutan air (jet hose), dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat..