gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT MANGSA LEMAS DI KAMPUNG MUNGKOM.

TUTONG, Ahad, 08 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima panggilan mencari dan menyelamat mangsa lemas di Taman Rekreasi Wasai Bedanu, Kampung Mungkom yangmana kejadian berlaku pada sebelah petang kelmarin. Seramai lapan (8) orang anggota dan dua (2) buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Penguasa Bomba dan Penyelamat, Mushidee bin Junaidi dari Unit Penyelam JBP dan Pemangku Timbalan Pegawai Balai Peranchis Anak Bayang dari Balai Bomba Lamunin.

Apabila sampai di tempat panggilan penyiasatan dijalankan dan mendapati seorang lelaki lingkungan berumur 20 tahun dipercayai lemas semasa berenang di wasai tersebut. Anggota bomba segera bertindak dengan mencari mangsa di kawasan yang dikenal pasti. Mangsa kemudiannya dijumpai sekitar jam 2137hrs oleh anggota penyelam dan seterusnya diserahkan kepada paramedik yang hadir untuk tindakan selanjutnya.

Turut hadir ditempat kejadian adalah Pasukan Polis Diraja Brunei seramai lima (5) orang diketuai oleh INSP Abd Hadi bin Abdullah Biju dari Balai Polis Lamunin, tiga (3) orang diketuai oleh SNP Haji Raimi bin Sahari dan Ketua Kampung Kiudang, Awang Md Rafaie bin Abd Rahim.