PAMERAN KERJAYA SEKOLAH MENENGAH (PROGRAM HALA TUJU SELEPAS BGCE O’LEVEL)
PROGRAM KERJAYA ini telah berlangsung pada 05 Febuari 2026 di Sekolah Menengah Katok.
Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyertai pameran kerjaya tersebut dan telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 823 orang murid sekolah berkenaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas BGCE O’Level.