LAWATAN SAMBIL BELAJAR ENGAGED MINDS LEARNING SCHOOL JERUDONG KE BALAI BOMBA PENGKALAN BATU
Pengkalan Batu, Khamis, 04 Februari 2026 – Balai Bomba Pengkalan Batu menerima lawatan sambil belajar dari Engaged Minds Learning School cawangan Jerudong dengan keramaian 50 orang terdiri daripada murid-murid, guru-guru, dan juga Ibubapa.
Ketibaan rombongan lawatan dialu-alukan oleh Stesen Komander & Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘F’. Para pelawat diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba. Mereka turut melihat secara dekat perkakas menyelamat dan menaiki jentera bomba.