PEKERJA SYARIKAT PERNIAGAAN MELAYU MENGIKUTI KURSUS LIFESAVER 995
KUALA BELAIT, Khamis, 22 Januari 2025 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B telah mengendalikan Kursus Lifesaver 995 kepada dua (2) kumpulan pekerja Syarikat Perniagaan Melayu masing-masing bertarikh 19 Januari 2026 kepada seramai 12 orang dan 22 Januari 2026 kepada seramai 13 orang yang diadakan di Balai Bomba Kuala Belait selama 1 hari.
Matlamat kursus ini diterapkan kepada para peserta adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab tentang aspek keselamatan kebakaran serta selaku petindak awal dalam menangani kebakaran.