PAMERAN KERJAYA SEKOLAH MENENGAH ( PROGRAM HALA TUJU SELEPAS BGCE O’LEVEL )
Program Kerjaya ini telah berlangsung pada 26 Januari 2026 di Sekolah Menengah PJN Pengiran Haji Abu Bakar, Kuala Belait.
Jabatan Bomba dan Penyelamat turut menyertai pameran kerjaya tersebut dan telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai 632 orang murid sekolah berkenaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas BGCE O’Level.