gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI MUKIM TELISAI.

Tutong, hari Selasa, 27 Januari 2026 – pada sebelah petang, Jabatan Bomba dan penyelamat telah menerima panggilan mencari dan menyelamat orang sesat berhadapan Jalan Kampung Telamba,Jalan Telisai. Seramai enam (6) orang anggota dan dua (2) buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Ariffin.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati tiga (3) orang mangsa lelaki warga tempatan telah tersesat di kawasan hutan. Ahli Bomba segera bertindak dengan mencari mangsa dikawasan yang dikenal pasti dan telah berjaya menjumpai mangsa dalam jarak lebih kurang 400 meter dari jalan utama. Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit,mangsa turut diperiksa oleh paramedik di tempat kejadian.