PEGAWAI DAN KAKITANGAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (RIPAS) DI IKTIRAF FIRE MARSHAL
Bandar Seri Begawan, Khamis, 15 Januari 2026 – Seramai 39 orang pegawai dan kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga (3) hari bermula 13 hingga 15 Januari 2026 bertempat di Woman and Children’s Center (WCC) Tingkat 4 serta Bilik Teater, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Kursus ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘A’, Jabatan Bomba dan Penyelamat bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, khususnya kebakaran.
Melalui kursus ini, para peserta didedahkan kepada aspek koordinasi operasi kecemasan antara agensi kerajaan, tatacara menyelamatkan mangsa, serta peranan dan tanggungjawab Fire Marshal dalam memastikan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis sentiasa dipantau dan berada dalam keadaan baik.
Usaha ini diharap dapat memperkukuhkan lagi budaya keselamatan di Hospital RIPAS serta memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat untuk kakitangan dan orang awam.