gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

INSIDEN MENYELAMATKAN BINATANG IAITU MONYET DI KAWASAN BATU TIGA, JALAN TUTONG

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 19 Disember 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan Insiden Menyelamatkan Binatang iaitu Monyet di kawasan Batu Tiga (3) Jalan Tutong pada petang tadi.

Anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh Ahli Bomba Kanan 662 Md Suasa Bin Abdullah Agan bersama tiga (3) orang anggota hadir ke tempat kejadian dan menyelamatkan monyet tersebut menggunakan peralatan khas iaitu snare catcher yangmana monyet tersebut tersangkut di bumper kereta.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar sentiasa :

✅ Memastikan pintu rumah / bangunan dan jendela dalam keadaan tertutup jika awda tidak berada di rumah bagi          mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya, biawak dan monyet memasuki rumah awda.

✅ Memastikan persekitaran rumah dan bangunan dalam keadaan bersih dan teratur (housekeeping).

✅ Jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian        yang tidak diingini berlaku.