Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Seramai 25 orang dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik Tutong diiktiraf Fire Marshal

Jabatan Perkhidmatan Elektrik Tutong.jpg




TUTONG, 12 Februari 2021, seramai 25 orang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 Februari 2021 bertempat di Janakuasa Elektrik Bukit Panggal, Tutong yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi E Jabatan Bomba Dan Penyelamat.


Para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan pratikal mengenai :- 


- Sebab dan punca berlakunya kebakaran, 


- Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.


- Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul


- Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran. 


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik Tutong-2.jpg

Jabatan Perkhidmatan Elektrik Tutong-1.jpg

Created at 17/02/2021 10:46 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 17/02/2021 10:46 by Shahidah Binti Hj Othman