Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Seramai 18 Pegawai dan Kakitangan daripada Bank BIBD siap sedia menghadapi kecemasan

Bank BIBD siap sedia menghadapi kecemasan.jpg




Bandar Seri Begawan, Jumaat 05 Februari 2021. Seramai 18 orang Pegawai dan Kakitangan daripada bank BIBD mengikuti kursus Fire Marshall selama 3 hari bermula pada 08 hingga 10 Februari 2021 bertempat di Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A Jabatan Bomba Dan Penyelamat.


Para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan pratikal mengenai :- 


- Sebab dan punca berlakunya kebakaran, 


- Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.


- Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul


- Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya  kebakaran. 


- Lawatan ke Unit Operasi Wanita bagi mengetahui fungsi bomba wanita serta mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Bank BIBD siap sedia menghadapi kecemasan-1.jpg

Created at 17/02/2021 10:33 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 17/02/2021 10:33 by Shahidah Binti Hj Othman