Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

EKSEAIS SEKOCI 2021

Ekseais Sekoci.jpg



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Januari 2021, Cawangan Operasi 'D', Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan latihan Kecemasan EKSESAIS SEKOCI 2021 yang diketuai oleh Exercise Director SSFR Muhd Shahreeni bin Haji Mohd Yussof, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’. Latihan ini dijalankan bersepadu dengan agensi-agensi keselamatan lainnya yang mana melibatkan Operasi Mencari dan Menyelamat di permukaan (Search and Rescue) dan di dalam air.  


Senario latihan ialah mengenai satu insiden kemalangan telah terjadi di kawasan perairan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) yang melibatkan beberapa buah perahu dan mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam air.


EKSESAIS SEKOCI 2021 merupakan salah satu usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk meningkatkan persiapan operasi bersepadu bagi setiap agensi yang berkenaan dalam menangani kejadian kecemasan melibatkan kemalangan di air. Latihan ini dikendalikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB),  Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) dan Marine Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) sebagai salah satu tugas dan peranan bagi mengukuhkan keupayaan agensi-agensi dalam bertindak secara bersepadu menangani kejadian kecemasan dan pada masa yang sama untuk mengemaskini prosedur tetap operasi diantara agensi-agensi keselamatan.


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang ramai agar:-


- Pastikan awda memakai jaket keselamatan (life jacket) dan pastikan dipakai dengan betul ketika berada dalam perahu.

- Jika mendapati ada orang lemas dan minta pertolongan, pastikan awda pandai berenang dan memakai jaket keselamatan (life jacket) sebelum bertindak menyelamatkannya.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan segera hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat


Ekseais Sekoci 2021-2.jpg

Ekseais Sekoci 2021.jpg


Created at 17/02/2021 10:05 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 17/02/2021 10:05 by Shahidah Binti Hj Othman